Pertandingan ini, adalah untuk memberi suntikan dan galakan kepada pelajar untuk mempamerkan keterampilan dalam bidang sukan, kebolehan berkomunikasi dalam kumpulan serta berdaya saing dalam apa jua pertandingan.
Mempamerkan kebolehan dan keupayaan pelajar dalam bekerja secara kumpulan serta melatih sikap bekerjasama dalam setiap aspek pertandingan yang disertai.
Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar bukan sahaja dalam aspek P&P malah sukan dan sebagainya bermula daripada peringkat asasi.
Kejohanan ini mengukuhkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Sukan Negara (PPSN) 2021–2030 serta Agenda Nasional Malaysia MADANI dengan memberi penekanan kepada pengkaderan atlet muda, perpaduan nasional, keterangkuman sosial, dan gaya hidup sihat.
Memupuk keyakinan dan daya saing yang tinggi di kalangan atlet dan merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan atlet.

