Logo Kejohanan

Burung Helang Perkasa

(Kepala dan Sayap)

Kepala Emas

Melambangkan keunggulan, pencapaian tertinggi, dan mutu kepimpinan. Helang yang memandang tajam ke hadapan menunjukkan fokus dan matlamat yang jelas dalam sukan.

Bentuk Tegas

Bentuk sayap yang lebih rigid dan berstruktur menunjukkan disiplin tinggi dan persediaan yang rapi, nilai utama dalam sukan dan institusi ketenteraan.

Image

Sayap Berjalur (Biru Gelap, Merah, Biru Gelap)

3 jalur sayap ini memberikan gambaran pergerakan yang kuat dan pantas. Warna biru gelap mewakili profesionalisme, integriti, dan kekuatan pertahanan, manakala warna merah melambangkan keberanian, semangat juang, dan tenaga atlet.

Jalur Merah Membawa ke Bawah

Garisan merah yang melancur ke bawah di belakang kepala helang memberi elemen visual yang dinamik, seolah-olah helang sedang menjunam atau atlet sedang memecut laju. Ia melambangkan semangat yang membara dan kebangkitan atlet yang pantas.